Monday, February 19, 2024

..::T.R.U.S.T::..

  ..... السلام عليكم.....

Orang kata jangan pendam,

Orang kata jangan diam.

Orang kata cari kawan,

Orang kata pastikan ada teman.


Aku tertanya,


Untuk apa?

Kenapa?

Yang macam mana?

Bagaimana sosok nya?


Kadang aku bercerita. 

Sepertinya kau lah yang boleh aku percaya.

Tapi, cerita aku bertebaran satu semesta.


Itu kau suruh meluah?

Itu yang kau kata perlu berteman?


Sekadar menjadikan aku Tajuk Utama dan Modal Bercerita.


sudahlah.

Monday, January 15, 2024

..::Milestone::

 ..... السلام عليكم.....

UPKK 2024

Another year, another journey, another experience

Anak sulong mommy dah 12th year tahun ni. Esok dia amik start UPKK
at this hour (11.14pm) mak dia menulis dengan jantung dup dap. haha!
Tak pernah serisau ini, seseriau macam ni, se'nervous hari ini.

N9 cuti harini. sempat lah belek kael sejak sabtu - isnin.
Esok, semoga apa yang kael baca dapat di terjemahkan on paper sebaik - baik nya.


Hari sabtu, dapat mommy duduk semeja mengadap dia baca nota bahasa arab. dengan mommy sekali boleh hafal bahasa arab. hahaha!

Alhamdulillah mikhael bagi komitmen dia yang paling baik untuk setiap ulang kaji. 
Dan mommy pun tepuk bahu sendiri tanda tahniah sebab langsung tak jadi singa. 
Eh, tapi selalu yang jadi singa tu sebab matematik je. Dasar u KBAT..! hate u!

Bahasa Arab subjek last tapi mommy awal-awal dah suruh dia study bahasa arab. bukan apa, bahasa arab kael memang agak ketinggalan jauh ke belakang. Kita slow2 kejar ye kael. mommy sikit pun tak kisah sebab mommy faham, bahasa arab bukan bahasa kita. pelan-pelan ye..


We've tried our best ok kael?!

Doa mommy sentiasa ada untuk abang.
Tadi mommy pesan kat hanan untuk doakan abang sekali. 
dengan takbur dia berkata

"Mesti lah hanan doa untuk abang! Hanan kan adik abang yang soleh. Itu pun tak tau ke mommy?"

Gitu perangai, mommy tau lah kenapa adik awak sorang je bang. hahahahahaha!!

Apa pun abang, mommy dan hanan saksi pada kesungguhan awak usaha untuk UPKK. 

Selamat Maju Jaya abang.

Semoga abang diterangkan hati dan berjaya menjawab semua soalan - soalan dengan mudah, betul dan mengikut skema jawapan.

Till then,
pen off.
bye 🖊

Monday, January 8, 2024

..::2024::..

 ..... السلام عليكم.....

8 januari 2024 : 11.44pm

currently keadaan sedang bertenang, boys semua baru je lena. mommy baru dapat lunjur kaki atas katil ngadap ipad. haha.



pejam celik, dah 2024. dan kereta terbang masih belum ada. duit yang terbang itu dah biasa. hehe. 2024, aku rasa life aku macam back to basic the old me. Tapi ada sisi intovert aku yang dah semakin kelam. hahahaha. cuma, bersosial dengan stranger tu masih buat energy aku drain.

2023 full of surprise. tapi tahun 2023 jugak tahun yang buat aku ajar diri aku untuk overcome apa sahaja masalah. Tinggalkan mahkamah dengan seribu satu rasa dan kenangan. dan itu adalah highlight aku untuk tahun 2023.

Aku dapat rasa 2023 tahun kematangan buat aku. Alhamdulillah.

2020, MY BEST YEAR
2021, roller coaster
2022, tahun yg agak keras,
2023, tahun yang penuh rahmat

2023 umpama satu tahun yang ada doa-doa yang sedang di dengari dan ada hajat yang telah allah kabulkan.



Alhamdulillah life is good
anak masih 2. haha
i am 38.
appreciate for what i have now. that's it. 😉