RESEPI PUDING KARAMEL
sumber : Wawa Yusoff
Bahan-bahan Puding
4 biji telur size A
satu tin susu cair
4 sudu besar gula
1sk esen vanilla
Karamel:
1 Cawan Gula
1/2 Cawan air
Cara-cara [Karamel]
masukkan gula dan air ke dalam pan
Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang.
Biarkan sejuk.
Nampak tak perbezaan puding caramel tu??
yg atas byk sarang dan yg bawah nye pulak lebih flawless. Kenapa??
TIPS yang pernah aku bg JANGAN SAMPAI MENDIDIH kat entry tahun lepas [Link]. Ini terbukti bila ptg semalam aku x fokus kat dapur sebab si kael buat mogok taknak dengan ayah dia langsung jadi nya TERDIDIH la pulak atas dapur bancuhan puding ni.. jenuh la mentapis sebab telur dan susu tu dah termasak sangat kan.. maka, jadi lah bersarang cenggitu.. rasa tetap ok, xde beza cuma puding jadi bersarang dan jadi sikit sebab separuh dari bancuhan tu dah jadi berketul2.. Kalau nak panaskan bancuhan tu perlu ingat, jangan sampai mendidih. Just suam2 je lepas tu tutup api dan tuang atas caramel.
Ok, ini pulak resepi Tanpa Telur
1 paket agar-agar serbuk 10g
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3sb tepung kastard
1 sk esen vanilla
Cara - Cara nya :-
Bancuh semua bahan. Letakkan atas dapur dengan api yg perlahan hingga mendidih. Pastikan adunan sentiasa dikacau utk elakkan tepung custard tu berketul. Dah mendidih, tutup api dan terus tuang ke loyang yang berisi caramel. Tapis semasa tuang adalah lebih baik, adunan lebih halus :)
Selamat mencuba!
Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler
Young Living Malaysia
Young Living Selangor
No comments:
Post a Comment