Aku tak cakap pasal anak aku je ni, ramai kan kawan2 keliling kita yang anak tak sihat. Cuaca boleh kata faktor utama. Panas ya rabbi.. kita yg tua ni pon boleh dapat ulser ini kan pulak anak2.
Mikhael aku cakap demam kan haritu? Ye, dia masih demam lagi harini. semalam bari bawak dia ke sepital buat blood test semua. mujur xde pape. darah clear. dan aku memang dah agak pon sebab kael memang gini trend demam nya. tapi penting jugak utk aku bwk dia blood test semalam. mana lah tau kot ade jangkitan yg tak elok. sakit sekarang ni bukan boleh jangka. nak harap mother instinct je tak boleh jugak.
Demam dia kali ni bukan sikit2 punya suhu. 39.2 paling tinggi 37.2 paling rendah itu pon suhu lepas mandi. Mujur kalini dia demam x merengek sangat dengan aku. dah besar agaknya. dia paham aku kena urus hanan jugak. TAPIIIIIII..... balik je apak dia kemain segala drama keluar. merengek, menangis, merayu dan pelbagai lagi. tu dia ayat skema mak ko dah keluar.
Jujur cakap aku memang tengah susah hati sangat ni walaupon aku buat entry ni sambil baring silang kaki tapi aku tengah susah hati. Susah hati x semestinya kena tongkat dagu atau jalan mundar mandir macam drama dalam TV tu. nah, kan aku dah melalut. Hanan kat sebelah tengah lena. kael dengan ayah dia. jadi aku layan perasaan sorang2.
Semalam lagi tragis, kael dah lelap aku hadap dia tiba2 teringat dia masa umur 5-6 bulan masa tengah bulat2 tembam tu dok meniarap, ketawa dan main. Meleleh air mata tiba2.. tak cukup dgn anak buat drama, mak ko pon sama nak menang anugerah skrin. Tapi drama aku dalam diam, mirzal pon x tau. kang dia ngejek mula lah aku emo. haha.
Ok. dah. aku x tau motip entry malam ni. Kan aku dah kata aku susah hati....
Ye, aku tau. Susah hati ngadap Tuhan, bukan ngadap blog.
ok. bai.
Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler
Young Living Malaysia
Young Living Selangor
No comments:
Post a Comment