ASSALAMUALAIKUM
Kalau ikutkan sebenarnye nak nyambung cerita pengalaman c-zer yang ade dalam draft. tp nanti dulu lah. alah, operate c-zer ni lebih kurang sama je ceritanya so hold kejap.
Tetibe rasa nak throwback pulak. dah 4 januari la pulak kan baru nak throwback segala. orang lain dah move on dah dengan cerita anak pegi sekolah bagai. haha. maklumlah, cuti dalam pantang hujung2 tahun ni memang tak feeling langsung nak move on sebab tak keje. tau2 naik keje dah nak hampir habis suku tahun pertama. kihkihkih.
Alhamdulillah serba sempurna dan serba selebet buat aku dari awal sampai ke hujung tahun. Disahkan pregnant pada b'day kael 16 april. dan sedia maklum aku kalau membawak budak memang langsung tak menjaga rupa paras. bukan saje2 tapi memang takde hati nak melawa pon. Alahan sampai bulan ke-8. Dan boleh kata sepanjang tahun 2015 kehidupan seharian aku hanya lah melayan loya2 dan sibuk membuat persiapan bersalin.
2015 jugak allah bagi rezeki besar buat kami. Awal pregnant mirzal dapat offer orang nak jual rumah dan disebabkan owner nun jauh ke sabah maka proses dokumentasi semua makan masa. Dan Alhamdulillah rezeki berganda. Pada 1 Disember 2015 bersamaan kelahiran Muhammad Hanan Mukhriz, loan rumah lulus. speechless masa tu bila mirzal hantar mesej.
Memang kalau nak cakap terima kasih memang tak tercakap. mak mirzal banyak sangat membantu kami dalam proses nak mendapatkan rumah ni. In shaa allah, ade rezeki, sampai masa bermastautin lah kami di seremban. Ape pon, kami cuma merancang.. Allah jua yang menentukan.
untuk cerita rumah ni nanti aku update lain, bukan lah bungalow 4 tingkat pon. Rumah ala2 reban ayam je.. hehehehe.
2 Rezeki besar kami pada tahun 2015 Rumah dan Anak. juga kesihatan kami sekeluarga yang agak memuaskan hati. mak bapak sihat, keluarga mertua sihat. dan pulak 2015 biras dengan adik ipar aku pon bersalin. 3 cucu sekali mak mertua dapat tahun 2015. 2016 ondaway sorang bulan 3. kakak aku pon in shaa allah bulan 3 jugak. moga dipermudahkan buat ayu dan ateh.
Tak banyak yang aku harap, xde nak tulis azam panjang2. cuma harap nak jadi yang terbaik untuk semua orang. nak buat yang baik2, nak cakap yang baik2 dan yang paling penting aku nak buat yang terbaik untuk diri sendiri. Amin.
Tapi kan... tapi..... boleh tak nak bawak 1 benda yanag tak dapat last year ke tahun ni??
hehehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
V
**********************************************************
No comments:
Post a Comment