Tuesday, April 5, 2016

..::Pengalaman Manis Bersalin Secara C-zer::..


So, lepas kronologi bersalin [LINK] aku just nak share la pengalaman aku c-zer utk pertama kali ni, dan jugak jadi rujukan dan kenangan buat aku masa akan datang. ye dok??


Pengalaman c-zer, nak kata enjoy tu melampau lah kan.. belah perut 7 lapis lagi mau seronok2 ka?? haha. tapi boleh kata pengalaman yang sangat manis buat aku. C-zer, bukan lah proses yang azab sangat.. takkk.. kot2 ade bakal2 mak nak kena c-zer, wat lek wat piss yaww. ahahahahaha. tak kelakar. mesti zikir banyak2.

Masa pagi tu doctor decide untuk c-zer pukul 3.30pm tu aku boleh kata agak happy sebab tak sabar nak jumpa baby dan nak kosongkan perut. ahaha. Tapi dalam masa yang sama aku lapar. haha. yela, makan 2 ketul kuih je. tapi aku ok je. sebab perasaan seronok dan eksaited tu lagi tinggi. Selesai operate tu memang kita tak boleh gerak, even angkat kepala pun tak boleh. memang baring flat selama 6 jam tanpa makan dan minum. malam tu mirzal datang aku mintak dia hulurkan air sikit kat mulut. lega jugak dapat basah tekak dan bibir. kemudian tu sampai ke 5.30 pagi lah aku terlantar. nak bangun sendiri tak berani. imagine, last aku makan 9.30 pagi, 2 ketul kuih sahaja. 6.30 pagi esok nya baru aku dapat bangun dan makan biskut, minum air suam. heaven gile rasa dapat gogok air pagi tu. hahahahaha. Dapat bangun je pagi tu lepas cuci muka dan bersihkan badan terus telan Zinc complex shaklee + Ostematrix. Nak bagi cepat sembuh luka dan bagi urat2 yang penat baring semalaman tu kurang lenguh dan lesu. 

Tapi, tak lapar sangat pon dan takde pon sakit perut gastrik ke ape sebab sebelum c-zer tu dah kena makan ubat gastrik 3 ketul dengan ubat cecair yang masam menggile. lepas minum ubat masam tu tesengeh2 aku kat nurse. 5.30am, akak attendance yang uruskan aku pagi tu sangat baik. tolong support aku pelan2 supaya bangun, bawak aku pegi toilet, dan yang best nye kat hospital sg.buloh ni nurse2 cuma assist je, kita kena kuat dan berdikari sendiri. jadinya takde lah kita ni melembik je. memang automatik kuat nak bangun jaga anak, pegi mandi dan semua. dan kalau semua ok pagi tu jugak secepat mungkin branula dan tube kencing boleh bukak walaupon belum discaj. jadi kita boleh handle anak dengan selesa tanpa jarum2 tajam kat tangan.

Lepas je selesai aku bersihkan badan pagi tu, sampai je kat katil nurse dah hantar baby. MasyaAllah.. keterujaan melampau dapat juma dia! Yelah, last aku tengok dia 6.30 pm, kemudian 6.30 am baru jumpa balik. mau nya tak happy. Malam tu nurse yang jaga kan baby. kencing berak semua nurse yang uruskan. mommy rehat2 je kat katil. hehe

hari kedua, aku tak sesegar macam hari pertama selepas operate. sebab badan dah kena air-cond so agak terasa sangat bisa nya. dan pulak pinggang dah start sakit kesan epidural tu. tapi masih boleh berjalan dan uruskan baby macam biasa. cuma kalau tersalah gerak mendapatlah keskitannya.. huhu. hari ke-3 aku dah boleh discaj. balik ber-3 je dengan mirzal dan baby comel ku itu.

So, untuk korang yang bersalin c-zer senang je. Jangn mengade, jangan merengek, ikut je cakap nurse atau doktor. Dan lagi satu, jangan drama sangat! Kalau sakit tu sabar lah. mana ade bersalin yang tak sakit. Bila dah boleh bangun tu rajin2 lah bergerak. Jangan nak manja kan diri terlantar terbaring. Bergerak dan berjalan ni penting untuk elak terjadinya darah beku. Jangan takut untuk makan minum. Makan dan minum je macam biasa. Dah ok berak kencing lagi cepatlah korang discharge. 

Kalau tak berani nak makan lauk hospital, mintak lah husband bawakan yang mak masak dari rumah atau beli lah sup2 yang korang boleh makan. macam aku haritu pagi tu untuk breakfast hospital bagi mee goreng, roti, milo. Mee aku makan jugak  2 sudu, Roti + milo pun aku makan, pastu mengunyah pulak biskut wheatmeal jacob. 

Alhamdulillah, aku syukur sangat2 pengalaman c-zer aku sangat manis. aku tak merasa sakit2 yang diwar2 kan, aku sentiasa berada dalam keadaan selesa. Kat hospital urus anak dan diri sendirian langsung takde masalah. Syukur. syukur syukur.

Korang jangan lah takut sangat kalau kena c-zer. doa je banyak2 supaya dipermudahkan ok :)


**********************************************************
Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

No comments: