Monday, April 29, 2019

..::Cerita Masuk Sekolah::..

💜ASSALAMUALAIKUM💜

Simpan sini untuk kenangan. Walaupun dah nak habis bulan 4 tapi aci lah mommy simpan sini. hehehehehe

2019. 2,2 anak mommy hantar sekolah.
Hanan 3tahun sebulan
Kael 7 tahun.

Yang kesian si Hanan tu lah. Baru masuk 3 tahun sebulan, bila masuk sekolah kena masuk kelas 4 tahun! ahahahaha. Padan muka, sape suruh lahir bulan 12.




Kael sekolah pagi mula dengan sekolah agama dulu, So macam biasa lah pengalaman pertama anak masuk sekolah kan, of course exited. lagi pulak nya anak yang kecik tu pun sekolah sekali. berganda  exited nya. 

Being kael, alah abang niiiii... dari kecik sangat memudahkan. Sikit tak menangis buat drama ke apa. Lagipun kael dah biasa dengan sekolah dan Transit bagai, jadi tak susah pun nak uruskan dia kat sekolah baru. Bonus, ramai kawan-kawan tadika dia sekelas sekali. 


1st day, memang kitorang teman lah dia rehat semua, 1st time nak guna duit kan. Silap kitorang jugak dari awal tak ajar guna duit. So, agak terkial-kial sikit dia. Bento, of course ada. Tapi masuk seminggu sekolah dia taknak bawak bekal dah, seronok membeli gamaknye, Takpe. kasik can. Lama mana sangat dia nak telan lauk kantin tu, kah3!


Sekolah petang, Sekolah kebangsaan.
Dah kata hari pertama, of course lah aku nak siapkan semua nya.
Lagipun aku dengan mirzal memang amik cuti 3 hari nak pantau dia.
Syiok jugak, lepas settle urus anak, pegi dating, tu jela keje kitorang 3 hari tu. hehe
Alah, bukan dating apa pun, pegi sana-sini membeli barang dia ade je yang tertinggal. Pastu uruskan borang-borang semua. Pembalut buku stationary semua tambah mana-mana yang patut.





Dan seperti biasa, Mikhael memang lah sangat senang di uruskan dan tidak merisaukan. Dia memang boleh bawak diri. Tapi nya, sebulan dia sekolah almost tiap hari dia buat mak dia jadi naga!hahahahaha.

Mikhael ni kuat sedekah. adooiiii... belanja kita bagi untuk dia, dia pegi bagi kawan pulak. dia makan betul-betul singgit je. asal ada duit lebih mesti ada je kawan pinjam beli makanan lah, pegi kedai buku lah. Sabau jelah! 

Boleh kata hari-hari tau. Pitam mak dia ni. nak sedekah tu tak kesah, tapi berpada lah nak oiiii. kadang sampai dia tak makan sebab kawan dah amik duit dia. Kitorang dah pening risau dia kena buli ke apa. Mirzal pegi sekolah dia, sembang dengan ustaz yang kebetulan ada dalam kelas masa tu, mintak izin acah gertak sikit lah kat kawan kelas dia jangan memintak-mintak. sejak haritu memang takde dah jadi.

ok, enough about kael. Hanan pulak. 
fuh! belum tulis mommy dah pitam. haha!

Happy sangat dia!
Registration semua ok, lancar, amik baju semua.
Dia happy sangat dapat duduk kat sekolah,
Tapi kegembiraan tu semua hanya lah hari pertama sahaja!
Ahahahahahahaahah
Start hari kedua dan seterusnya, drama berterusan... 




Ahahahahaahah!!!
Semetot sungguh lah awak ni!!
Ni baju size yang paling kecik ni, pon dia masih tak boleh guna. Hantar jugak pegi alter. sebab memang dia tak boleh pakai langusung. Asal dia jalan je seluar nya melorot jatuh. ahahahahahaha. Cute!!

Ha, alter dah. comey je dia dengan baju baru siap alter ni. Boleh imagine tak berapa banyak mak aku kerat dan buang. Serious banyak!!. Comel halus sangat dak hanan ni.

Setakat hampir bulan 5 ni, semua nya ok untuk Hanan. Dia boleh adapt dengan suasana baru, kawan baru. Tapi drama hari-hari tu masih ada. Dan masih lagi sampai ke hari ni aku yang mandikan dia pagi-pagi. manja amat!! Tak mau mandi sendiri. mandi sambil tdo ye beliau ni, Perangaiiiiii!


Korban persekolahan! huhuhuh

Jenuh jugak la mirzal menyental. hehehe
Aku kalau bab sental baju anak ni, seminggu pertama je aku buat, lepas tu mirzal take over. Tak larat wey, habis kederat aku yang kecik ni. So, bila mirzal buat semua banyak lah tenaga aku nak buat benda lain pulak. masak semua on me, bab baju anak, kemas rumah semua mirzal.
Alhamdulillah. Life's good. 


Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

No comments: