Tuesday, November 17, 2015

..::2nd Pregnancy : 36 weeks : Baby Breech::..

ASSALAMUALAIKUM 

Atau dalam bahasa Melayunya Kedudukan baby Songsang


Huhuhuhu.

Kuasa Allah
Kuasa Allah
Kuasa Allah

KUN FA YA KUN

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = 
 Pagi ni, checkup 36 weeks. Ikut EDD. Hati tenang je pegi KK macam biasa. Memang ade appoinment untuk scan la sebab dah hujung2 kan. Sekali doktor letak rode scan tu dia terus senyum 

" Laaaaa...baby nape duduk macam ni.... Dik, baby awak songsang la duduknya..." 
Aku sengeh dia sengeh. 

"Tengok ni ye, rode scan, tengok saya letak kat sini, ha... nampak. kepala dia ni ha yang kat atas"

Nak kata ape lagi? aku senyum jela. dia pon brief bagitau akan terus refer aku ke hospital and bla..bla.. bla.. so aku tanya dia, 34w haritu kata dah ready nak masuk lorong? 

"Perut lapang lagi kot masa tu, dia boleh pusing.. lagipun kan ni bukan kerja kita.." 

then dia senyum. betul jugak doktor cakap. kita ni bukan sesiapa kan dalam menentukan keadaan baby dalam rahim ibu nya       


Keadaan aku sekarang adalah yang tengah. 
COMPLETE BREECH.

So, dapat refer letter, terus ke hospital yang kononnye hanya untuk amik appoinment sahaja. Sekali sampai hospital, doktor review buku pink terus tulis "See Today" dan cop Dr.Logeswathy. Ok, dah start nervous. macam urgent sangat dan menyeramkan jadi, settle urine test and timbang berat semua maka jumpa lah doctor. Antara option yang doktor bagi ade 2 je. 
1. Prosedur ECV : Mengurut untuk pusingkan baby di hospital. (bukan bidan ye)
2. Terus pilih tarikh c-zer pada minggu ke-38
Tadi, bila dah check dan scan semua. aku memilih untuk pilihan pertama dan keadaan aku dan baby mengizinkan untuk kami melalui procedure ECV. Alhamdulillah. Tapi doktor dah cakap siap2, it's only 50/50 chances untuk dia pusing. Dan bukan janji sepenuhnya untuk aku deliver normal. Aku paham tu, apepun kita cuba. Jadi, 24/11 ni adalah untuk aku lalui procedure ECV dan memerlukan untuk aku berpuasa at least 6hours sebab in case aku perlu untuk emergency c-sect yang mana procedure ni berkemungkinan akan buat jantung baby lemah/terbelit tali pusat atau lain2 risiko [Nau'zubillah] tapi doktor cakap risiko2 seperti itu hanya 2% sahaja.
Mana nak sangka kan bila mana baru je 2 minggu lepas doktor dah meyakinkan aku peluang untuk bersalin normal itu tinggi tup-tup harini baby macam dah pilih jalan dia sendiri. Tingkap ke pintu ke mommy redha je sayang.. janji kamu selamat, sihat sempurna. 
 Apepon, doakan aku mudah untuk lahirkan khalifah allah ini. Apepun cara nya moga dipermudahkan.
 Marilah start men'google segala cerita tentang bersalin c-zer, baby breech dan senaman yang sesuai untuk keadaan aku ni. Dan sudi2 lah tinggalkan link korang untuk aku baca sesiapa yang ade pengalaman bersalin c-zer ye. bukan ape... persediaan mental dan fizikal katanye...... so nak kena update beg hospital ke camne ni?? [LINK]  
ok, badan letih. setengah hari menguruskan keadaan diri. Baru lepas makan sesambil becerita kat sini. Nak lelap jap.
**********************************************************
Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

No comments: