Assalamualaikum
Mesti korang tak tau kan? Sebab aku pon x pernah cerita kat mana2 pasal hal ni. kena minum air gula ke, BSP ke mana pernah kan aku update2. hihihihihi
GDM atau Diabetes ketika mengandung. Untuk 2nd pregnancy ni aku ade GDM. hohoho. Tapi bacaan aku sangat lah border line iaitu 5.7 sahaja. Masa minum air gula baru 8w pregnant. Terus declare GDM. Walaupun sipi2. Request utk minum kali kedua, doktor tak layan.
Pengalaman minum air gula pada aku takdelah teruk sangat. 3 kali teguk je settle! Sedap je pada aku. ahahaha. Masa sebelum minum tu memang macam2 lah aku membayangkan, bila dah teguk sekali tu, eh xde lah teruk sangat rasa dia. boleh je aku telan dengan laju nya. Air gula aku plain tau bukan ade rasa oren ke ape macam certain KK. Pure air gula yg aku dapat dan satu mug besar
Jujur, memang size gini lah air gula aku
Aku tengok akak depan aku naik biru muka nak ngabiskan, dah macam nak lari dari klinik dah muka dia teguknya pon sikit2 macam minum sup panas. Memang lambat lah settle kalau cenggitu. Aku masuk kendian dah basuh cawan dia yang duduk lama x habis2, pastu tengok gaya aku minum lelaju dia pulak macam nak muntah
Episode BSP aku setiap 2 minggu bermula serta merta. huwaaa Agak malas aku nak ke klinik setiap 2 minggu kalau ikutkan. 4 kali sehari pulak tu nak menyucuk jari nya. 3 kali yang pertama aku buat kat klinik, 2 kali dapat MC, kali ke-3 doctor advice buat sendiri pon boleh kat rumah kalau ade alat cek darah tu (kedek MC la tewww) Bapak aku memang ade complete set glucometer + strips test + lancing device. Jadinye pinjam nye bapak ku punya harta
Masa 3 kali buat kat klinik tu bacaan aku normal je. elok sempurna normal. Antara 4.8 - 5.3. so aku syak memang aku free from GDM cuma masa checkup yang mula2 tu aku suspek aku salah makan sampai gula aku naik. Ko tau aku makan ape sehari sebelum tu? PUDING RAJA..!! Haaa... sape yang pernah makan korang tau la rasa manis puding raja tu mcm mana. Manis letin melampau!!
Nasihat aku sesiapa yang kena buat test ke minum air gula ke sila lah jaga pemakanan sehari sebelum tu ye. jangan jadi macam aku. makan kemain manis petang tu, malam sambung makan nasik, lepas tu air kosong kurang minum, esok pepagi dah kena buat test. Result = Padan Muka aku
Aku consume jugak Set GDM shaklee. Persediaan ko... jangan percaya sangat dengan badan ni. Walaupon ko rasa macam ko xde tp better amik supplemen yang membantu dalam masalah GDM ni, untuk elakkan dari betul2 ko dapat Diabetes kekal.
So far setiap kali aku buat test BSP tu normal je bacaan aku, pernah je aku malas nak buat aku hentam. sakit oi cucuk 4 kali sehari Tapi yang buat aku terngiang2 setiap kali checkup 2 minggu ni doktor keep reminding pasal due date. 16.disember.2015 in case kalau belum bersalin sila serah diri ke hospital untuk induce/operation
Kes GDM hospital takkan bagi drag masa sampai seminggu seperti kes normal yang lain. Dan disebabkan hal tersebut maka aku nekad amik cuti awal 2 minggu nak persiapkan otak dan badan! Kalau aku tak amik cuti awal maksudnye pergi kerja macam biasa dan terus serah diri ke hospital pada keesokan hari??? Memang taklah! tak bertenang langsung jiwa aku nnt kang.
Apepon aku doa banyak2 supaya aku bersalin sebelum due date, secara normal dan dipermudahkan.
Amin
**********************************************************
Wawa Yusoff
No comments:
Post a Comment