ASSALAMUALAIKUM
harini nak
cerita pasal beg hospital. antara persiapan yang paling seronok sekali aku nak
cerita selepas mendobi. hehehe.
macam aku
cakap, aku pilih hospital sg.buloh untuk bersalin kali kedua ni , iaitu hospital
yang sama aku bersalin masa anak sulong. Perkara ni agak memudahkan aku dalam
mempersiapkan diri dan juga beg hospital ni sebab dah ade pengalaman dan dah
tau procedure kat hospital sg.buloh ni.
kalau dulu
xde pengalaman nak siapkan beg hospital. barang pon bawak sampai 1 beg mommy
dgn 1 beg baby kat P.A.C. bila nurse nak masuk wad banyak beg nurse kena bawak.
dah la nak kena tolak kita yg kat wheelchair tu lagi, kesian. pastu tak tidur
sepital pon. petang tu 5.30 dah dapat keputusan doc untuk discharge. brg bawak
macam nak duduk 3 hari. hehehe
Kali ni dah pandai dah nak siapkan
beg hospital untuk Hospital Sg.Buloh. Procedure hospital lain aku tak tau. Tp
kalau dah hospital kerajaan aku rasa lebih kurang je kot. Aku akan sedia
keperluan yang paling minima. anggaran 24 jam kat hospital.
2 beg je ni aku bawak ke hospital.
ok, jom cerita one by one.
Beg Labor Room
1. I.C
2. Buku Pink
3. Baju baby
4. Blanket baby
5. Handphone & Charger
6. Mini Yassin
7. Maternity pad + Panties 2
-Kat labor room/P.A.C memang tak
boleh bwk barang banyak2. So, bwk beg yg paling comel/uncang kat atas tu. nanti
nak deliver diorang akan suruh letakkan barang2 no.5 dan 6 tu dalam plastik dan
hand over kat husband-
-Kat hospital sg.buloh utk newborn
baby memang diorang tak pakaikan seluar dan mitten dan stokin. Supaya senang
nak cek darah, cucuk vaksin dan jugak urusan doktor nak cek kesempurnaan baby.
Nanti dekat wad baru kita siapkan baby elok2-
Barang mommy
1. Kain Batik 2 helai
2.Pakaian Discharge - T-shirt dgn
Skirt
3. Nursing Cover -Tak reti nak DF
pakai baju butang. sudahnye tebogel jugak aku kang-
4. Stokin - sepasang
4. Towel - bawak yang sederhana je.
bukan ko mandi bebetul pon kat sepital tu. air panas pon xde. just untuk buat
lap2 muka and badan sikit2 je.
Lain-lain
yang xde dalam gambar
5. Seluar dalam + materninty pad -
Lekat pad siap2 supaya mudah korang nak menukar nye nnt. ni kang klu pad
terjatuh badan tgh gigil2 nak membongkok bagai kan ke payah
6. Vitamin Shaklee -letak dalam pill
box siap2-
7. Milo/Nestume 3 + 1 - 3 sachet je
cukup. jgn bawak sampai seplastik tu
9. Cawan/Bekas air
10. Nursing Bra -Pakai siap2 dari
rumah pon elok. sepasang spare dalam beg.
Ok. itu je. cukup.
Barang Baby
1. Baju 3 pasang - Aku bawak jumpsuit
je. sebab baby all the time berbedung kan
2. Mitten and booties 2 pasang
3. Newborn diapers - 5 keping
4. Topi Baby - 1
5. Toiletries & Minyak telon - 1
travel pack
6. Napkin - 1 helai
7. Towel yang sederhana
Ok. itu je. cukup.
Barang baby dan barang mommy,
aku letakkan dalam 1 beg je.
Sementara nak tunggu kita bersalin tu
beg ni simpan dulu kat dalam kereta. Trust me, husband korang akan ade banyak
masa untuk amik beg selepas kita bersalin sebab tempoh menunggu nak masuk ke wad
dan dapat katil tu bukan nya sekejap ye -ikut rezeki masing2- so, jangan nak
bagi husband susahkan diri usung banyak2 beg kulur kilir
Untuk barang2 tu nampak je mcm
banyak.. sebenarnye tak pon. memang aku siap2 kan untuk temph 24 jam je sebab
memang biasanya Kurang dari 24jam tempoh yang doctor perlukan untuk pantau kita
dan baby. kalau baby dah elok kencing beraksemua dalam 12 hours korang boleh
discharge dah
Pastu, pastikan korang guna beg yang
bukaan nya besar. sekiranya husband takde korang senang nak amik barang. kena
ingat, sebelah tangan lagi ade branula. kalau jenis beg korang bukaan
kecik tesinggung2 jarum kat tangan tu... adoiiii... ku cukup x suka branula.
ahahahaha.
Ok, entry dan persiapan ni aku buat
berdasarkan pengalaman dan sesuai untuk diguna pakai untuk mereka yang bersalin
di hospital sg.buloh. Dan juga sesuai untuk mereka yang bersalin normal, macam
kes aku dah sakit baru ke sepital, so tunggu kat sepital memang kurang dari 24
jam. Tapi untuk mereka yang telah dijadualkan bersalin nya seperti kes ceaser,
mungkin ade persiapan lain yang perlu.
**********************************************************
No comments:
Post a Comment