Monday, July 11, 2016

..::Aidilfitri 2016 :Rumah Mertua dan Tema hijaunya::..

Assalamualaikum dan Happy eid korang!

[Ni kalau amik gambar kat studio, rugi besar mak pak korang tau]

[Tahun ni salam raya panjang sikit mintak ampun. ahahaha]

[Gambar sweet is wajib]

macam mana raya korang? turn mana? ade adegan merajuk2 tak? hehehehe. kami orang punya raya seronok2 je, happy2, ronda - ronda raya sampai masing2 dah surrender. Dis year, turn aku with in-laws. dan sekian pun semua dah maklum kalau aku raya dengan mertua baju raya haruslah banyak. yang mana baru jadi reader blog ni sila rajin2 bukak label hari raya ye. hehehehe.

[Kat sepri. kampung ayah mertua. ni jela gambar family yang ade pun. kitorang semua lupa nak longgok dan amik gambar official]

Tema tahun ni Emerald Green. Tapi team aku hijau caca marba. Mana tak nya, beli asal sempat. memang kan dah cakap aku takde shopping raya tahun ni, Hanan tak sihat, tak boleh nak pergi tempat ramai orang dan bersesak. Maka baju raya beli asal sempat. Baju aku dengan baby Hanan beli online, Mirzal macam biasa, kalau membeli mesti nak belek kain so dia beli baju dia sendiri last kali baju kael isnin malam baru beli kat jakel. baju upin ipin aje. dan warna baju dia yang paling kelaut sekali. ahahaha. orang lain berdondon - dondon, kami hijau caca marba. lantak. asalkan raya.

[Baju hijau yang setengah hari]

Yang kemudian nya aku berjalan dengan baju t-shirt langkawi. Sebab? kena YAK dengan Hanan!!! Argghhh! mommy tak berapa nak redho berjalan raya dengan t-shirt langkawi, songket sarawak dan tudung lopa gitu tau! Dah tu, nak buat camner. bila dah bersihkan pun lalat ade jugak terbang2 manja kat baju. Ahahahaha! Takpelah diknan, mommy sempat pose sekeping dengan baju raya 2016 pun dah cukup bersyukur dah. hehehe.

[Kereta kami full with boys. Bingit kereta dengan suara2 belum akil baligh ni. hehe.]

[Yang sorang sibuk betulkan jambul, yang sorang sibuk nak kunyah kasut. Buat perangai gini pagi raya kat rumah arwah onyang]


Kami berjalan bawak walker. Yang adik ipar berjalan bawak buai. memang masing2 beraya rumah orang buat macam rumah sendiri. hehehe. Ala, rumah yang kami pergi semua rumah sedara yang rapat dah macam adik beradik sendiri. Jadi nya takde lah pelik pun. Rumah ku rumah mu lah konsep beraya kali ni. Senang ade walker, si Hanan pon tak payah lah asik nak pegang je. dia pon selesa nak begerak mana dia suka. 


Bukan mudah ye aku nak amik gambar 3 hero ni serentak. sekali lagi ulang, BUKAN MUDAH. ko tengok muka kael, ko tengok!!
Dah la baju tak sama dengan orang! 
mommy hantar rumah sebelah kang tau lah! 


Beraya dengan Hanan sangat mudah. Sangatttttt mudah! tak banyak pe'el beliau ni. cuma dia meligat lah. pegang tak mau diam. badan nya meliat2 begerak. mulut pun boleh tahan bising. kael jela asik merengek menangis. eh, jangan pelik. Anak bujang aku yang no.1 ni memang kuat merengek. terlebih manja. Tapi kan, dia kalau dengan aku AJE dia sangat behave, senang jaga. cuba ada apak nye. siap lah perangan dia, siaplahhhhhh... berjuraian air mata, merengek menjerit mengoyak mulut!! yang paling tak tahan dah pandai menjawab sambil menjerit!!7 hari yang penuh kesabaran. mommy tak boleh nak me'naga sangat. balik tingkat 13 ni siaplah awak. siapppp!!! Mommy train balik jangan jadi melampau sangat!

Dah, ok lah sekian cerita raya baju hijau. dan akan ade lagi entry raya yang lain lepas ni seperti OOTD, Home Made Shell out dan juga lain - lain cerita. Soon baby, soooon!
Chow, nak lunch..!!

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

No comments: