Wednesday, July 13, 2016

..::Hanan Mukhriz : 7 Bulan : Solid Foods::..

.ASSALAMUALAIKUM.

Harini, buat pertama kali nya selepas 4 bulan di taska Hanan menangis bila mommy drop dia dan tinggal untuk pergi kerja. Kael, maintain cool.
Muhammad Hanan Mukhriz, 7 bulan 12 hari umur nya. Alhamdulillah perkembangan seiring dengan usia. Tapi masih petite size. Masa Hanan keluar hospital, berat dia drop sampai 5.5kg. Terkejut banyak nurse dengan doctor. jadi, mommy diberi masa 2 minggu untuk naik kan berat Hanan. Maka, proses gain weight pon aku laksanakan dengan sepenuh hati.

Segala jenis bubur dan puree ku buat yang sihat2 untuk Hanan, langgar pantang pon ade. before 7mo aku dah suap ayam. kekekeke. Dah tu, kalau nak bagi bubur kosong semata dimana khasiat nya? Dah la Hanan baru keluar hospital. Bayam semua aku dah start bagi kat dia dan aku pantau habis-habis hasil pembuangan. kalau ok, aku teruskan je dengan menu pelbagai, kalau ade masalah aku stop. Tapi alhamdulillah semua nya baik - baik ajerrrr. Dalam 2 minggu he managed to gain weight 300gm. gooooood!. Syukur. sampai sekarang pon Hanan takde masalah pembuangan dan menu dia aku dah pelbagaikan mengikut keseuaian usia dia.


Aku cerita ni ikut keserasian badan anak aku, jangan lah korang kata aku memandai ajar korang pulak. Tapi kalau korang nak ikut cara aku ni atas risiko masing - masing lah ye. buat masa ni, buah hati aku yang sorang ni senang semuanya. tak banyak cerewet, cuma dia ni seakrang dah pandai asik nak ber'pegang je. duduk lama sikit jerit, baring lama sikit, jerit. Cepat jalan diknan, boleh buat semua nya sendiri nanti. besar sikit mommy ajar cuci baju. ahahaha.


Mikhael melayan adik memang superb! Boleh kata, sifat brotherhood diorang ni memang nampak menyenangkan (buat masa ini) hihihi. In shaa Allah, moga menjadi anak soleh kedua nya. Kael ni boleh kata kasar jugak dalam melayan adik. Tapi dia rajin bergurau dengan adik dia.



Sambil berlari, Dung! dia tunjal kepala adik dia dan adik pon terpinga2. Tengah main tiba dia datang picit pipi adik dia dengan senyum2 dan agah adik, adik pon gembira. Tengah baring2, tiba2 dia tepuk dahi adik dia dan adik pon ketawa...



Ntahlah, mommy pon kadang pening tengok kaedah korang bermain dan bergurau ni. Takpelah, asal bahagia :p
posted from Bloggeroid

No comments: