Thursday, July 14, 2016

..::Bila jadi Isteri, Jangan SOMBONG::..

Hai, saje nak sembang. 

Banyak sangat aku tengok para isteri share pasal tanggungjawab suami. Banyak sangat hukum - hakam segala jenis keluar kat facebook. Boleh je share, takde masalah. Tapi kalau dah share tu jangan lah ko berpegang sangat dengan hukum hakam tu. Seperti tugas seorang suami merangkumi sidai baju, masak, gosok baju and bla..bla..bla.. Manakala tugas isteri hanya urus anak dan suami ajer.


Aku cakap terus terang lah untuk adik - adik atau bakal pengantin sok atau pun yang dah selamat berkahwin. perkahwinan ni kan bukan sekadar ko asingkan tanggungjawab siapa dan buat ape, sebaliknya perkahwinan ni tanggungjawab BERSAMA. isteri, kalau yang bekerja tu jangan lah duit tu kedek sangat simpan dalam peti sampai takmau share dengan suami. Rugi tau, sedangkan buat air untuk suami pon Allah dah janji kan PAHALA yang banyak, ini kan pulak sesekali kita belanja husband makan atau kita keluarkan sikit duit kita untuk belanja rumah dan lain - lain sebagai niat membantu suami. Ya allah.... pahala nya. banyak!


Ister yang bekerja, kita kena patut terima kasih kat husband, sebab kalau tak kerana izin dia untuk kita keluar bekerja memang sampai bila pon rezeki kita tak berkat. Jadi, kalau dia izinkan kita bekerja tu pandai - pandai lah sumbang sikit gaji kita untuk pengurusan keluarga. Jangan lah kita harap suami je nak keluar duit, kita diizinkan bekerja untuk apa? untuk bantu dia jugak kan.




Ini aku share cara aku lah ye. kot lah boleh buat guide untuk korang. Macam aku lah kan, kawen pon baru 5 tahun, anak pun baru 2. Bab belanja memang semua nya sama-sama. terutama belanja anak. Yuran taska anak memang kitorang share. 2 orang anak RM 600. Bab susu kael mirzal beli, Hanan susu mommy je dan macam biasa Hanan meneruskan legasi pakai CD macam kael. Jadi kat sini kitorang tak keluar duit untuk diapers kecuali bila travel. Segala belanja bill memang bahagi dua, kereta Alza aku bayar, 2 viva dan 1 Axia mirzal yang bayar. Bab minyak kereta pulak siapa sempat dia isi lah. takde pulak aku nak claim2 nye pon. Lepas tu belanja dapur most of the time Mirzal yang settle, tapi kadang - kadang kalau aku nak beli lain - lain barang aku tambah la sendiri, Kalau bila - bila aku keluar nak beli barang, aku beli jela. Eh, sebenarnya banyak je barang aku beli. Dah kata perempuan ade 9 nafsu. ahahahaha.

Camtu lah nak hidup zaman sekarang ni. Jadi isteri, jangan sombong. Jangan pulun semua duit untuk diri sendiri. RUGI tau tak rugiiiii... Berbelanja untuk anak dan suami tu akan buat kita lebih bahagia. Sebab apa? Redho suami = Redho Allah. Aku ni bukan lah kata bahagia sweet romantik tahap potong kaki. tak! bergaduh bertempik tu pernah la jugak. Normal ok, normal. 


Takkan ade rumahtangga yang bahagia sepanjang masa, kita bukan sempurna, suami kita juga tidak sempura. Sebab tu aku kata, jadi isteri jangan sombong. Tu bukan lagi aku cerita bab urus anak-anak. Mau panjang sampai ke lantai entry ni. aku cakap sikit - sikit jelah ye. Dah kata tanggungjawab isteri urus anak dan suami ajer. Jadi bab makan, pakai dan melayan anak haruslah ko all out. Kalau ko dapat suami yang sama - sama melayan anak, boleh tolong suap anak makan dan siap cuci yak mandikan anak haruslah ko BERSYUKUR dan feeling pwincess sangat. Bukan semua lelaki sanggup cuci yak anak tau.

Ok lah. panjang nye entry, tu aku kata tadi. aku saje nak sembang. sajer nak throwback sikit hubungan serumah untuk 5 tahun ni. hehehe Pastu aku nak pesan. kita sebagai isteri jangan putus doa untuk suami. JANGAN PUTUS. Hargai suami masing-masing. Kita sama - sama cari duit, tapi ketahuilah, diorang lagi susah dan penat. cuma tak tunjuk je.

ok. dah kot cerita banyak2. tuje nak pesan.

Jadi isteri, JANGAN SOMBONG.

Moga kita semua bahagia bersama hingga syurga.

Byeeeeeee :D


***********************************************
Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

No comments: