Assalamualaikum
21 julai 2016
Selesai majlis dengan Taska anak - anak. Dapat notice 2 hari sebelum majlis. Urgent amik cuti. kalau ikutkan memang nak cabut sekejap je time lunch. Tapi nya fikirkan nak pot luck bagai angkut makanan tu aku submit jela cuti.
Tapi tula, setiap tindakan kita akan jadi sebab utk sesuatu kejadian kan. Allah dah susun cantik. Pagi 21 julai tu Hanan demam,naik panas badan dia. bawak dia ke klinik terus. Alhamdulillah takde apepon, doctor cakap maybe nak tumbuh gigi sebab gusi dia keras dah.
Kael aku terus hantar ke Taska sebab jamuan dia start awal untuk anak - anak. Niat hati nak buat macam - macam. Tapi kesah kan Hanan demam dengan Mirzal nya takde. Maka, ku hello kan aje Domino's Pizza dan hantar terus ke Taska. Order 3 pizza regular. settle! Bukan malas ye.. tak sempattt. ahahahaha.
Auntie Taska Kael dan Hanan dan Pengurus Taska. Semua nya baik-baik.
Kael belum pernah taknak pegi taska or takut pergi taska. Always happy dan senang hati.
Budak gembira tak pergi sekolah. Aku siapkan dia dengan baju melayu bagai sebab auntie dah pesan. Bawak dia ke taska untuk jamuan tengahari tu. Sakan lah dia melepak dengan auntie dgn kawan sekejap. Kael tidur masa aku datang tu. Satu kelegaan besar. sebab tak sibuk dia nak ikut balik. mommy dah nekad nak mentido. hehehehehe
Budak ni kemain happy mommy angkut sekali. amik gambar pon nak jerit2.
Sempat lah bersembang dengan auntie tanya progress anak2. banyak yang mommy terkejut. antaranya, gaya pemakanan kael kat sekolah jauh beza dengan rumah. Dia telan ape saje kalau kat sekolah termasuk telur! Ye, anak aku tak makan telur. macam aku jugak. tak makan telur. hehehe. Tapi kat sekolah pengasuhn dia kata dia makan telur. habis je, makan bubur, makan sayur. kemain anak kan, dengan mommy demand selagi boleh. asik nak ayam goreng je!
Hanan Mukhriz pulak report nya suka menjerit menangis mintak dokong. Hmmm.. pengasuh kata dia macam ade butang. Angkat diam, letak automatik jerit sampai merah2 muka tapi takde air mata. amboi sangat tu perangai.
So far, mereka OK dan Happy kat taska. Alhamdulillah pengasuh baik-baik cuma risiko kat taska ni bab kesihatan lah. yang tu mommy kena usaha extra dan extra dan extra. nanti aku cerita pasal Young Living R.C oil yang aku start guna untuk elman dan hanan selepas sebulan.
Till then, byeeee.
Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler
Young Living Malaysia
Young Living Selangor
No comments:
Post a Comment