.ASSALAMUALAIKUM.
Baby wearing, anak kedua ni baru sampai seru nak ber'baby wearing. pasal nya, anak pertama tak suka digendong lebih suka stroller. Tapi memandangkan si kael tu sampai sekarang nya pon kalau berjalan nak duduk dalam stroller haruslah mommy mendokong adik.
Sebelum bersalin aku dah beli SSC. Tapi lepas bersalin dan Hanan nak masuk 2 bulan aku tengok dia sangat small size. Yelah, dia lahir pun underweight. hehe. SSC memang tak sesuai untuk dia. in fact, SSC hanya di cadangkan untuk 4mo++.
Dengan itu mommy laju2 untuk baby wrap ni. Belian secara online.
Boleh tengok kat FB baby wrap by mak yang [LINK]
Kalau nak walk-in ade kat kedai Momster. Seri kembangan kalau tak silap.
Service laju. i LIKE :)
Masa aku membeli ni design untuk petite size mommy sangat terhad. Masa order dia suruh buat 3 pilihan dan ini pilihan aku yang ke-3. Yang lain sold. Harga masa aku beli ni lebih kurang Rm 96 termasuk pos kalau tak silap. sekarang aku tak pasti.
1st time pakai masa ke HQ shaklee. 1st time bawak baby Hanan jenjalan kat shaklee. Hanan memang anak shaklee pon. Mommy ikhtiar TTC dengan shaklee utk dapat budak seketul ni hehe.
Lena ha teman abang dengan ayah main game. dentam dentum pon dia cool je duduk dalam wrap kena peluk
Sangat membantu masa travel, Hanan memang selesa dalam wrap berbanding SSC. aku try SSC kat dia. Dia meresah serba tak kena. last2 menangis. Masuk dalam wrap terus layan perasaan. Ni gambar masa travel ke penang. turun naik ERL, Naik kereta, Naik plane dia enjoy je dok dalam tu. bila rasa dia nak tidur nanti dia tidur lah. tepuk2 je montot tu. Aku boleh handle kael kalau Hanan dalam wrap. siap kejar2 kael pon pernah kalau tiba masa dia meligat tu. Memang selesa.
Wrap Mak Yang ni semi-instant. Ikut size badan mak. Bukan kain panjang 5 meter tu. Tak payah nak lilit2 terbelit. Tak, yang ni dah siap custom ikut size badan. Tinggal sarung dan adjust2 sikit. ade Mak yang ajar cara pakai kat youtube. Senang je. Kalau handle anak sorang2 pon ko boleh buat sendiri bawak anak keluar masuk dalam wrap ni. Tak payah orang tolong
Yang best nya wrap ni dia ringan, masuk dalam beg pon senang bawak dan boleh dilipat2. Tak macam SSC ade weight jugak. Dan untuk petite size macam aku ni SSC agak tak selesa (pada aku lah). Wrap tak boleh pakai lama. sampai 9kg je kalau tak silap. So far Hanan dah 8mo dan dia masih sukaaaaa duduk dalam wrap. stroller tak geng.
Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler
Young Living Malaysia
Young Living Selangor
No comments:
Post a Comment