Tuesday, August 2, 2016

..::Pemakaian Lampin Moden : Cloth Diaper yang Menjimatkan::..

.ASSALAMUALAIKUM.

harini, nak sembang pasal cloth diaper. lamaaaa sangat tak sembang pasal CD ni. Yang mana reader blog ni dari awal kenal aku memang tau lah aku guna CD ni since 2012. Anak sulong. Mikhael. Amboi penerangan. jawab soalan 10 markah pulak :D

ini link cerita2 pasal cloth diaper yang pernah aku up dulu. Gambar dah error. harap maklom 


Baby Hanan meneruskan legasi memakai CD. ade 43 keping CD kael dan memang melampaulah kalau aku malas pakai CD. Sebelum start pakai balik CD aku ade buat stripwash. Nak bagi gebu balik CD dan detox betul-betul insert supaya bersih.

Activity wajib hari-hari. kalau malas jadi activity hari minggu je. Hehehe. Aku jenis membasuh baju hari - hari. Terutama baju bebudak ni termasuk CD. CD memang kalau boleh aku usahakan untuk basuh hari-hari. Tapi kadang tu ade jugak lah terbabas. Tipulah kalau aku rajin hari-hari. 


Ade yang tak tau dan tak mahir untuk handle CD. dan ade jugak yang tak faham. Kalau ade yang betul-betul nak faham kan pasal CD ni, join lah group kat FB. Malaysian Cloth Diapering kalau tak silap. Kat sini aku sembang sikit2 jelah eh..



1. Insert yang warna putih tu masukkan dalam CD. ade ruangan macam poket. 
2. Kalau baby poo. buang dulu poo kat toilet. tembak kat CD tu bagi bersih.
3. Keluarkan insert kalau nak cuci. Bila CD dah bersih dari poo masukkan semua CD dan insert dalam mesin. buat cucian 10 minit dengan air biasa tanpa sabun.
4. Buang air cucian dari mesin, masukkan sabun secukupnya dan buat cucian seperti biasa. spin dan sidai. Settle!

Tak susah pon handle CD ni.

Tapi satu yang aku nak advice, kalau nak pakai CD ni bebetul nekad untuk pakai. Jangan cuba-cuba pastu beli, setengah jalan jadi malas. dah membazir nama nya. sekeping CD bukan murah2 harga. So, betul-betul tanya diri larat ke tidak nak handle.

Kenapa aku pilih CD, selain dari jimat, aku suka design da. montot budak jadi cute mute. Selesa sebab kain.Risiko nappy rash tu agak rendah. Macam mana nak tau baby kencing? Kalau diaper boleh nampak penuh atau diaper berubah warna. Untuk CD pulak. Mak kena rajin lah tetapkan masa untuk tukar. tak payah la tunggu anak merengek tak selesa baru tukar. Biasa nya kalau anak tak yak aku akan tukar dalam 3-4 jam setiap kali.

Sebelum korang tanya, baiklah aku jawab awal2. CD ni dulu aku beli secara kutu dari kak erma juniza. masalah nye sekarang jangan lah korang mintak contact number dia. sebab dia tak jual CD dah. Hehe. Rerajin lah korang cari mana supplier yang jual memurah, 

Masa aku beli memula dulu paling murah aku dapat Rm 16.90 brand QQbaby. Paling Mahal Rm 42 bamboo charcoal. Tapi sekarang brand QQbaby pon dah jadi RM 24.90.

Penat? Suah? Tak. senang je handle CD ni. basuh je sekali dengan baju bebudak tu. Bukan basuh tangan pon. cukup tempoh buat strip wash. sila google lah pasal strip wash cloth diaper ni. aku malas nak taip dah. hehe.

Jimat banyak tau pakai CD ni, pastu Hanan pulak breast feeding sepenuhnya. Jimat lagi kat situ. Biar penat fizikal, jangan penant poket. hehehe. Penat fizikal boleh tidur, penat poket?? membanting tulang lah lebih sikit. hehehe. In shaa Allah, selagi ada daya akan kami usahakan yang terbaik untuk anak-anak.

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

No comments: