Monday, January 15, 2024

..::Milestone::

 ..... السلام عليكم.....

UPKK 2024

Another year, another journey, another experience

Anak sulong mommy dah 12th year tahun ni. Esok dia amik start UPKK
at this hour (11.14pm) mak dia menulis dengan jantung dup dap. haha!
Tak pernah serisau ini, seseriau macam ni, se'nervous hari ini.

N9 cuti harini. sempat lah belek kael sejak sabtu - isnin.
Esok, semoga apa yang kael baca dapat di terjemahkan on paper sebaik - baik nya.


Hari sabtu, dapat mommy duduk semeja mengadap dia baca nota bahasa arab. dengan mommy sekali boleh hafal bahasa arab. hahaha!

Alhamdulillah mikhael bagi komitmen dia yang paling baik untuk setiap ulang kaji. 
Dan mommy pun tepuk bahu sendiri tanda tahniah sebab langsung tak jadi singa. 
Eh, tapi selalu yang jadi singa tu sebab matematik je. Dasar u KBAT..! hate u!

Bahasa Arab subjek last tapi mommy awal-awal dah suruh dia study bahasa arab. bukan apa, bahasa arab kael memang agak ketinggalan jauh ke belakang. Kita slow2 kejar ye kael. mommy sikit pun tak kisah sebab mommy faham, bahasa arab bukan bahasa kita. pelan-pelan ye..


We've tried our best ok kael?!

Doa mommy sentiasa ada untuk abang.
Tadi mommy pesan kat hanan untuk doakan abang sekali. 
dengan takbur dia berkata

"Mesti lah hanan doa untuk abang! Hanan kan adik abang yang soleh. Itu pun tak tau ke mommy?"

Gitu perangai, mommy tau lah kenapa adik awak sorang je bang. hahahahahaha!!

Apa pun abang, mommy dan hanan saksi pada kesungguhan awak usaha untuk UPKK. 

Selamat Maju Jaya abang.

Semoga abang diterangkan hati dan berjaya menjawab semua soalan - soalan dengan mudah, betul dan mengikut skema jawapan.

Till then,
pen off.
bye 🖊

No comments: