Monday, July 3, 2017

..::On our 6th Anniversary::..

ASSALAMUALAIKUM


Alhamdulillah untuk tahun ke-6 ini.
Alhamdulillah untuk kasih sayang dan rahmat Allah s.w.t ini.

Ehhhh.... Malas lah nak tulis pepanjang. i am not that kind of bunga2 girl yang nak buat karangan kasih sayang. ahahahahaha.

6 tahun kawen, 5 kali jatuh pada bulan puasa. Tahun ke-6 ni lah baru tak puasa, so boleh lah celebrate with kids. boleh makan siang. hehehe. kalau tak tu, semendang nya makan malam je, paling malas masa preggy Hanan, aku buat diam je. mabuk! kekekekeh.

Semuanya UNPLANNED. kitorang ni memang jenis gini, pemalas betul celebrate2 gini, asal anak dan pasangan depan mata cukup, bila tiba hari nya baru kita terjah dan buat apa2 yang sesuai. so ahad tak tau nak pegi mana tapi nak pegi some place yang boleh buat kids happy and ada activity. Pastu taknak yang indoor, nak bagi mereka ni tengok dunia, pastu taknak yang jauh2, pastu taknak yang sekadar permainan... yes, cerewet is me. ehehehehehe. Maka, kesini lah kami



The Kids macam excited sangat sampai sini, sebab kitorang tak cerita pun nak pegi mana, Cuaca alhamdulillah cantik, tak panas sangat dan tak hujan. kawasan dalam ni pun keliling pokok.


Hanan sikit pun tak takut, nak di pegang nya kalau boleh, kael lah sikit2 mengelak. Tapi dah ok banyak dah dia ni, kalau tak asik nak menjerit je. kali ni tengok binatang2 dia boleh enjoy lah. Ni masa ni bagi makan ikan, seronok memasing. Makanan ikan ada jual kat tepi kolam ni, dalam mesin bentuk ball tu. sediakan syiling 50 sen 2 keping. Ikan dalam kolam ni sumpah besar, walaupun dia sekadar ikan aku pulak naik kecut macam kan nak makan kaki Hanan, paranoid gile. hehehehehe




Nak pegi sini memang aku angkut stroller and buggy, prepare untuk sebarang kebarangkalian. sebenarnya lebih kepada nak kawal diorang. hehehehe. gile kauuuu.... bebudak ni kalau aku lepas kan, silap2 boleh terbang sama-sama dengan burung. Meligat hoiii...!! nangis mami nanti. Kael memang jenis suka duduk dalam buggy, malas nak jalan, hanan pulak tengok abang dok dalam tu dia pun ok je diam.

TERKAWAL. kehkehkeh. Suka, senang aktiviti lawatan sambil belajar kami. hehehehe. Tapi Bird park ni besar gile dan turun naik bukit, tegang gak lah betis menolak stroller.... better lah dari nak bekejar mereka ni. hehehehe



Kat Zone ni antara yang best lah. Burung jinak-jinak. dapat bagi makan, minum. Kael dengan Hanan leka sangat kat sini, Video banyak tapi susah nak upload. Tapi memang enjoy lah, kami pun sama naik peghak nya nak main dengan burung kat zone ni. hehehehe Nak bagi makan burung ni bayar RM2 je. nanti Staff kat zone ni bagi 1 cup susu dengan kuaci. Best part is, aku kagum sangat tengok burung ni makan kuaci buang kulit. Kuasa Allah kan, buang kulit pakai paruh je, kagum.


BIRD SHOW : 12.30 TGHARI

Kitorang sampai waktu cantik2 je dalam 11.45. So pusing sana sini 12.30 bird show, terus pergi tempat show. Ada talking parrot, pastu ada games sikit parrot tu buat, enjoy jugak lah, show sekejap je dalam 15 minit. Hanan enjoy jugak kat sini tapi macam mengantuk pun ada sebab letih dan duduk bawah kipas. hehehe


omey lah dia tepuk2 tangan... 😂

KAEL....??? Not so enjoy. kekwat gile. geram aku. ahahahaha. ada part yang dia enjoy ada part dia boring. So not outdoor person. sabarrrr jelaaaa.... bawak dia. Mulut nya mencecey aje

"Heee...panaslah mami...cemana kael nak jalan ni? nampak ni? Panasss"
"Aduiiii....sakit nya pinggang mikae' ni..."
"kenapa kita tengok bulung ni....?? Kita main tembak-tembak lah best... jalan-jalan..."
"Heee....bising lah Hanan ni... Kael penat... paham tak?"

dan ada banyakkkkk lagi......urut dada mak ko ni haaaa...


Pukul 2pm kitorang keluar dari situ, kids nampak sangat dah letih, dan kami kebulur gile. Nak solat lagi. So terus ke Ikea, suka datang sini sebab surau selesa dan sebelah tempat makan, pastu kitorang suka lepak kat meja yang keliling dengan mainan budak2 tu, bahagia nak makan, hehehehe

Sempat lah jugak grab few item kat ikea. aku kalau dah sampai sini, tak pernah nya la keluar tangan kosong.. ada je benda nak di capai. Kali ni borong lennart sampai 3, meja linnmon dan alas kaki, misi untuk my SOHO. heheheh. puas hati.

Alhamdulillah. itu je yang mampu untuk aku cakap, nikmat allah yang tak putus-putus. 6 tahun perkahwinan adalah MUSTAHIL bahagia all the way tak pernah bergaduh bermasam muka, TIPU. Perkahwinan yang bahagia adalah hubungan yang boleh buat korang bergaduh about silly things, macam warna langsir, cara susun meja, cara kemas rumah and banyak lagi benda bodoh yang boleh buat korang berantem.. but at the end.... itu lah BAHAGIA. hehehehe.

Moga hubungan ini sampai syurga, Amin.

nanti kita sembang cerita raya pulak. hehehehe.

Facebook : Element Organik
Instagram : @elementorganik

Young Living Malaysia
Young Living Selangor
Shaklee Sungai Buloh

No comments: