Wednesday, October 11, 2017

..::Outing with Heroes at Sunway Putra Mall::..

💜ASSALAMUALAIKUM💜


 Ahad lepas. bawak kids berjalan selepas seharian sabtu duduk rumah. hehehehe. Mirzal outstation seminggu ni, jadi nya kami melayan kids lah ahad tu. 

so minggu ni memang kena hadap mommy jela korang... gaduh ke, kena marah ke, takde talian hayat eh.. muahahaha 😈

ko tengok si Hanan, eeee... kemain perangai. rasa macam nak tunjal je!. geram!

Mika, dah big boy dah, abang mika ni memang sayang adik betul, bab menyakat tu biasa lah, boys always be boys. Tapi kalau adik dia tidur, dia datang lah cium tangan adik semua, usap pipi adik semua. kalau adik dia dah bangun nanti dia lah yang happy "sayang, sayang adik, manja..manja..manja" berdodoi-dodoi rentak suara dia mengacah adik baru bangun. 💜


Sekali lagi dia buat muka mintak kena tunjal..! ahahahaha.
ku geram dengan si ketot ni!


Diorang ni memang wajib ku ikat dalam car seat!

Boys kan... kalau tak di ikat ni dia boleh berkuntau dari depan sampai nun belakang sana. dalam kereta pun jadi nak boboiboy galaxy bagai! Mak nya yang rasa nak jadi halilintar je bila tengok si adik gedebuk gedebak tercampak. tapi apa dia kesah pun. gelak je... grrrr 😉

Dekat IG buat poll. yeke Hanan ni muka mommy?
100% vote YES.

ahahahahahaha! Memang ni si conan ni, perangai pun mommy sangat. ekekekekeke.


2nd time bawak diorang ni pi sunway putra. ni memang port lepak mommy, jumaat memang selalu ke sini, lunch date dengan Dyaa pun memang pegi sini. nanti lah kalau rajin aku update apa yang best lunch kat sini.

so haritu aku ajak Mirzal makan mee goreng mamak kat Nek Mok. Aku sukeeeee sangat mee goreng mamak sini. sedappppp. mee bandung dia pun sedap. pekat!

💕MOMMY'S HEROES💕

Tengok muka tu.... tengok si conan tuuuuu!!! Eeeeeee.... geram!!! suka sangat amik gambar senyum keronyok gitu!

Diorang ni kalau Mirzal ada aku boleh duduk silang kaki. kehkehkeh! memang semua nya ayah, ayah, ayah. Kael tu yg dah pandai cuci yak sendiri pun bila ayah ada nak ayah jugak cuci. muahahahaha!

2 bulan je lagi Hanan nak masuk 2 tahun, dan kebetulan tahun ni birthday dia jatuh pada cuti umum Maulud Nabi. Mommy takde preparation apa pun, tapi ada lah sikit majlis kecik2 among family members.

BENTO?? 
masih ada tapi tak daya kadang pagi2 nak amik gambar. kael memang malam sebelum tidur dia akan bagi menu kat mommy dia nak bekal apa. Kadang sempat buat memang aku buat ikut menu dia, kalau tak sempat biasa nya roti mesti aku bekal kan, potong elok-elok susun elok. roti telur ke, roti choc spread ke. tapi mesti ada. Atau kalau paling tak sempat sangat, aku akan sedia kan lunch box kosong atas meja nanti mirzal akan tapaukan bihun dan donut kat kedai favorite kael.

Facebook : Element Organik
Instagram : @elementorganik

Young Living Malaysia
Young Living Selangor
Shaklee Sungai Buloh 

No comments: